Padamkanlah niat nak lagakan kami 2 beradik: Zahid

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak melagakan beliau dengan ‘adik beradiknya’ yang hanya tinggal seorang sahaja lagi.

Katanya, kekuatan dua beradik tersebut bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini hanya berasaskan kekuatan dan sokongan daripada Perdana Menteri sahaja.

zahid hisham PAU 2016“Saya dan Hishamuddin hanya tinggal 2 beradik, dulu 3 beradik, jangan lagakan kami, cukuplah.yang ada niat tu padamkanlah.

“Kami di sini tetap sokong Perdana Menteri, dan kami dua beradik hanya ada sokongan Perdana Menteri sahaja,” katanya ketika menggulung ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.

Seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO baru-baru ini.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang sama turut mendedahkan beberapa revolusi yang telah dilancarkan oleh NGO bagi menjatuhkan kerajaan.

Ia adalah SUARAM, BERSIH, Majlis Peguam, Malaysia Kini dan Sarawak Report.

“Dalam laporan itu organisasi BERSIH diadakan dengan 5 siri, semuanya ditaja oleh Soros dan NED (The National Endowment for Democracy), Semuanya diakui Maria Chin dalam Malaysia Kini pada 27 November 2011, dia mengaku organisasi ini membiayai untik melancarkan revolusi kuning untuk jatuhkan kerajaan, tapi gagal.

“Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan satu ‘task force’ yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, SPRM, Bank Negara Malaysia, Jabatan Peguam Negara, untuk mencari semua maklimat sehingga ke lubang cacing, jangan salahkan kerajaan, mana-mana yang lakukan kesalahan..tunggu tindakan daripada pihak berkuasa,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO turut memuji tindakan perwakilan yang matang dalam membahaskan setiap usul.

“Kita lihat perwakilan kali ini matang dalam mengkritik dengan kesantunan, utarakan balingan pandangan hebat dan luar biasa, letakkan tatasusila, utamakan adab sopan orang Melayu, bidas dalam gurauan senda, sindir dalam ketawa.

“(Perwakilan) Di bawah tugasnya minta, (pemimpin) di atas atas pula jangan tutup mata.jangan buat lupa.kita di atas sebab sokongan mereka.sementara jawatan masih ada.beri apa yang terdaya,tanpa perwakilan siapa kita. Tambahan lagi sudah dekat pilihanraya.dah tahu tak apa.

“Jentera perlu diperkasa.menangkan calon BN semua.hadiah untuk Presiden kita.Presiden kita daya tahan luar biasa.wala’ kita sepenuhnya.tanda kesetiaan UMBO berkhidmat untuk semua,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh oleh semua perwakilan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment