ORANG YANG MEROYAN !!!! YANG NAK KENA TABAL NI MAHATHIR KE?

PENULIS boleh faham bila Mahathir meroyan setelah jemputan ke Majlis Pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agung yang baru Selasa depan, ditarik balik.  Mahathir adalah manusia dengan ego yang lebih besar dari kepalanya.
Kalau dia tuduh, mesti nak anggap benar, sekalipun buktinya tidak ada.  Kalau tak dijemput, itu kurang ajar, walaupun dia sebenarnya takde kena mengena. Siapa lawan dia, makan dedak, siapa kawan dia makan nasik.

Macam itulah lebih kurang Mahathir dan egonya.

Tapi yang penulis tak faham ni, orang-orang tak berkenaan yang nampak lebih sudu dari kuah dalam ‘menyerang’ Istana lanjutan dari pembatalan tersebut, apa masalah dengan kamu semua?

Ini melihat kepada komen-komen di media sosial berhubung pembatalan tersebut oleh penyokong-penyokong Mahathir lanjutan dari pembatalan tersebut. Sangat tidak wajar dan tidak matang, sehingga ke tahap melanggar undang-undang pun ada.

Esok-esok Mahathir rilek saja, kamu yang merengkok dalam penjara.

Lagipun. inikan DYMM Yang Dipertuan Agung baru yang nak ditabal/diraikan, bukan Mahathir. Mahathir ada ke tidak, majlis itu akan berlangsung dengan sempurna sebab Mahathir tidak ada kena mengena dengan majlis itu. Tak tertulis dimana-mana pun bekas Perdana Menteri wajib hadir atau pertabalan tidak sempurna.

Ada dijemput, adalah, takde, takdelah, semudah itu saja.

Macam kenduri kahwin lah, yang penting pengantin, bukan tukang jual aiskrim.  Pengantin takde, tak dipanggil majlis perkahwinan walaupun tukang jual aiskrim bersepah keliling khemah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana