Nak sangat... Tian Chua dipenjara sebulan

Ini kes lama... kes masa demo Bersih 3 2012, masa itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua enggan mematuhi arahan polis supaya meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) selepas ditangkap ketika itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana kesalahan tersebut.

Pesuruhanjaya Kehakiman Nordin Hassan memerintahkan sabitan pertuduhan itu kekal bagaimanapun membenarkan penangguhan menjalani hukuman, sehingga rayuan tertuduh selesai.

Hakim sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Chua pada 23 Januari 2014.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Chua didapati bersalah enggan mematuhi arahan polis untuk meninggalkan akademi polis itu, di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.

Berhubung merit terhadap kes itu, mahkamah mendapati mahkamah rendah tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya ditolak dan rayuan pendakwa untuk menambah hukuman juga ditolak,” kata Nordin.

Pada 28 September, Chua turut didenda RM1,800 dan penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen lain kerana mengeluarkan kenyataan menghasut pada satu forum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana