MUKHRIZ RAYU JANGAN MAIN SPEKULASI PH PERMAINKAN PPBM

Jangan buat spekulasi bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘dipermainkan’ Pakatan Harapan (PH) bersabit soal agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, tegas timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, soal pembahagian kerusi akan ditentukan dengan semua pimpinan parti pembangkang duduk semeja, dan pertimbangan susulan akan dibuat selepas kata putus dicapai.

“Kita belumpun duduk semeja dengan semua pihak (pembangkang). Bagilah kami masa sikit untuk bincang dengan semua pihak.

“Saya kira, saya masih optimis dengan peluang kita (PPBM),” katanya kepada sebuah portal berita Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengatakan PPBM perlu memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ujar Tian, target undi PPBM adalah dikalangan pengundi Melayu justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.

Tian Chua yang dipetik laporan akhbar berbahasa Ingggeris berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.

“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.

“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

PPBM dan PH pada 13 Disember lalu telah mengikat perjanjian untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan itu untuk menentang Umno-BN pada PRU14.

Mengulas lanjut bersabit perkara itu, Mukhriz berkata, semua pihak perlu berkompromi jika tidak mahu Umno-Barisan Nasional (BN) terus kekal sebagai kerajaan selepas PRU14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana