Mengarut…Khairy jadi sasaran fitnah konon letak jawatan

Ini satu lagi benda karut disebar oleh puak yang tidak senang melihat UMNO steady dan tenang.

Kali ini sasaran mereka ialah Khairy Jamaluddin.

Untuk bikin gempar mereka sebar kononnya Khairy letak jawatan Menteri Belia dan Sukan, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO atau Ahli Parlimen Rembau.

Bunyinya memang meletop.

Cuma ia sahih cerita kelentong.

Untuk mengelak orangramai termakan cerita karut itu,Setiausaha Politik Menteri Belia dan sukan ,Datuk Megat Firdiuz Megat Junid Sabtu keluar kenyataan menafikan khabar yang disebar itu.

BERIKUT IALAH KENYATAAN BELIAU :

Jawapan Ringkas Kepada Fitnah Perletakan Jawatan YB Khairy Jamaluddin

Assalamualaikum w.b.t

Adalah dimaklumkan bahawa berita yang mengatakan bahawa YB Khairy Jamaludin Abu Bakar meletak jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO atau Ahli Parlimen Rembau adalah sama sekali TIDAK BENAR.

Harap sahabat-sahabat dapat lebih berhati-hati dengan taktik terdesak mereka ini.

Moga penjelasan ini dapat mematikan FITNAH yang sedang di viralkan/ di sebarkan. Mohon dapat disampaikan kepada teman-teman yang lain. Terima kasih.

MEGAT FIRDOUZ MEGAT JUNID

Setiausaha Politik

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana