MAHATHIR TAKKAN BERJAYA DALAM DAP – ANALISIS

Gabungan kontroversi antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP, parti yang dahulunya diperangi habis-habisan olehnya, tidak akan memadai untuk membantu parti tersebut memenangi hati masyarakat Melayu, menurut para analis.

Kehadiran julung-julung kali Mahathir di konvensyen kebangsaan parti itu Ahad lalu mencetuskan pelbagai reaksi daripada ahli, dengan sesetengah daripada mereka secara terbuka mempersoalkan keputusan untuk menjalin hubungan dengan bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan kepimpinan kuku besi terhadap mereka yang pro-pembangkang.

Rungutan ahli turut membawa kepada ramalan oleh pemerhati politik bahawa DAP boleh kehilangan beberapa penyokong tegar berbangsa Cina, terutamanya kerana Mahathir juga dianggap oleh sesetengah ahli sebagai “ultra-Melayu”.

Namun, golongan pemerhati percaya bahawa majoriti pengundi Cina – yang telah mempamerkan kematangan politik dengan keupayaan untuk melangkah keluar daripada pemikiran bersifat hanya pro-Cina mereka untuk menyokong parti-parti Melayu baru-baru ini – tidak mungkin terpengaruh dengan keresahan di dalam DAP.

“Kaum Cina di Malaysia, seperti kaum-kaum minoriti lain di luar negara yang tersepit di dalam dasar yang memihak kepada kaum majoriti, amat menyambut baik pluralisme dan keterangkuman,” kata pengarah penyelidikan Iseas-Yusuf Ishak Ooi Kee Beng.

Bagaimanapun, ia akan mengambil masa yang lama sebelum DAP boleh menjangka untuk meraih sokongan orang Melayu pasca pakatan bersejarah itu walaupun pengaruh besar Mahathir terhadap masyarakat, kata seorang penganalisis.

Datuk Shamsul Amri Baharuddin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, walaupun persahabatan politik boleh meningkatkan populariti DAP di kalangan pengundi Melayu yang lebih muda, ini tidak akan mempunyai apa-apa impak besar terhadap UMNO buat masa sekarang.

“DAP telah cuba untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dengan meletakkan pemimpin muda berbangsa Melayu sebelum ini.

“Tetapi saya tidak melihat kehadiran Mahathir dalam DAP akan menambah undi Melayu terhadap parti itu. Mungkin golongan muda, mereka yang tidak mempunyai ingatan terhadap peristiwa 13 Mei.

Bagi mereka yang dalam golongan berusia yang mempunyai ingatan terhadap apa yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu dan telah hidup melalui era Mahathir sendiri di mana beliau sentiasa menggambarkan DAP sebagai parti cauvinis, kedua-dua faktor itu tidak akan mengubah fikiran mereka sama sekali,”katanya.

Para pengundi Malaysia secara tradisinya mengundi mengikut garis kaum, termasuk kaum Cina yang membentuk etnik kedua terbesar di negara ini.

Tetapi menurut Ooi, pola pengundian telah banyak berubah.

Dalam dekad yang lalu, data pilihan raya menunjukkan peningkatan ketara dalam trend pengundian berorientasikan polisi dalam kalangan kedua-dua pengundi bangsa Melayu dan Cina.

Jika sebelum ini, pengundi akan memilih calon berdasarkan etnik, namun pada hari ini, isu-isu seperti pengurusan pentadbiran yang baik dan akauntabiliti yang mempengaruhi pemilihan mereka, katanya lagi.

“Cara yang terbaik untuk menentukan ciri-ciri ini adalah dari segi objektif petadbiran dan prinsip peraturan undang-undang”.

Dalam konvensyen itu, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah merujuk terhadap kesangsian ahli pakatan parti itu terhadap Mahathir, dengan mengatakan bahawa penyertaan beliau akan menguntungkan DAP.

Bekas penasihat politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penganalisis Oh Ei Sun bersetuju, berkata pergabungan ini akan menaikkan kepercayaan terhadap DAP, namun hanya dalam skala yang tidak signifikan.

“Kebanyakan pengundi Cina adalah ahli tegar DAP. Bagi mereka, kehadiran Mahathir semasa majlis makan malam mereka adalah sesuatu yang positif, kerana ia membuktikan perjuangan parti itu selama ini.

“Oleh itu, tiada apa-apa yang terjejas mahupun meningkat,” kata Ei Sun.

Selain itu, Mahathir juga dilihat boleh mengambil alih peranan merapatkan kepercayaan antara orang Melayu dan DAP semasa ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ooi.

Ini kerana, pengaruh Anwar di dalam kalangan pengundi Melayu adalah penting dalam membantu DAP mendapat kepercayaan kaum tersebut.

“Dalam agenda 2016 Mahathir, beliau mahu menjadi suara yang merapatkan jurang antara kaum Melayu dengan DAP akibat pemenjaraan Anwar. Rancangan itu sudah tentu amat dialu-alukan,” kata Ooi.

Anwar, yang mungkin merupakan satu-satunya pemimpin selain daripada Mahathir yang mempunyai sokongan kuat daripada pelbagai kaum, didapati bersalah atas tuduhan liwat pada 2014. P

enahanan beliau, meskipun didakwa olehnya sengaja dicetuskan oleh pihak kerajaan, telah meninggalkan pembangkang dalam keadaan berbelah-bahagi. -MNH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana