Kit Siang memang berangan jadi PM, reka Kabinet Bayangan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Annuar Nasarah menyelar penafian dibuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya tidak pernah bercita-cita menjadi perdana menteri (PM), sedangkan taktik itu sengaja digunakan untuk melihat reaksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku rakan baru politiknya.

Malah di dalam kabinet bayangan DAP yang mula tersebar sejak di laman sosial semalam adalah rekaan DAP sendiri namun tidak diperakui parti itu dengan menyalahkan ianya dibuat oleh parti UMNO.

“Lim Kit Siang memang bercita-cita mahu menjadi PM kerana itulah yang beliau perjuangkan sejak dahulu. Janganlah memberikan alasan kononnya beliau tiada impian kerana hakikat itulah impiannya.

“Apa yang beliau lakukan melalui edaran poster ini tidak lebih adalah usaha melihat apa reaksi rakyat jika beliau menjadi PM apatah lagi beliau mahu melihat respon setelah Tun Mahathir secara terbuka membuat pembersihan kepada partinya dan kerana itu Kit Siang mahu melihat apa kesannya selepas itu,” kata Shamsul.

Justeru beliau menasihatkan orang Melayu supaya tidak mudah terperangkap dengan permainan DAP.

Semalam, senarai ‘Barisan Kerajaan Baru 2017 Pakatan Harapan’ yang menjadi viral antara lain turut menyenaraikan 22 nama pemimpin pembangkang beserta portfolio masing-masing

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya mencabar Kit Siang supaya mengemukakan bukti sekiranya benar senarai Kabinet bayangan yang tersebar semalam didalangi parti Melayu itu.

“Adakah ini sikap untuk tagih simpati orang? Wallahualam. Mungkin, jika mereka kata begitu, mungkin mereka buat sendiri. Kita tidak tahu siapa yang buat siapa yang pasti.

“Tetapi cara beliau cakap itu seperti menagih simpati rakyat dan mahu buat fitnah ke atas orang lain. Jika ada bukti yang kukuh, bahawa ini adalah Umno-BN yang buat, maka buktikan,” tegasnya.

Fathul memberikan reaksinya terhadap dakwaan Kit Siang semalam, bahawa penyebaran Kabinet bayangan menerusi media sosial semalam sebagai propaganda UMNO terhadap DAP.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyifatkan senarai itu sebagai tidak masuk akal apatah lagi menamakannya sebagai Perdana Menteri, diikuti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana