KIT SIANG JADI PM : SENDIRI BUAT, SENDIRI VIRAL, TUDUH BN

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendakwa bahawa senarai kabinet pembangkang yang membariskan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri dan Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah permainan politik pembangkang sendiri kononnya poster barisan kabinet itu datangnya dari UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau yakin bahawa poster  itu dibuat oleh pihak pembangkang ini dan pihak mereka jugalah yang memviralkan poster bayangan kabinet pembangkang itu di dalam media sosial bertujuan untuk memperlihatkan ianya seolah-olah dilakukan oleh UMNO dan BN.

“Bagi saya, ini adalah taktik politik pembangkang. Mereka buat dan sebarkan poster ini bertujuan untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa ianya dilakukan oleh UMNO dan BN.

“Pada pandangan saya, ini juga adalah salah satu taktik pihak Dap untuk wujudkan persepsi negatif terhadap UMNO. Mereka buat sendiri dan kemudian mereka sebarkan  dan kemudian tuduh UMNO dan BN yang lakukan perkara tersebut.

“Poster yang dipegang pemimpin pembangkang masa sidang media itu nampak cantik dan dibuat dengan rapi. Kalau cetak dari whatsapp, tak mungkin poster itu nampak cantik macam itu sekali. Sebab itu saya yakin bahawa  ini semua strategi politik pembangkang untuk meletakkan kesalahan kepada UMNO dan BN,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu tambahnya lagi, rakyat harus berhati-hati dengan sebarang penyebaran info atau gambar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan lain-lain.

“Saya fikir rakyat Malaysia kena hati-hati dengan penyebaran info dan gambar seperti ini di dalam media sosial. Apatah lagi yang datangnya dari pembangkang. Info-info politik yang tersebar dalam media sosial selalunya fitnah dan tidak betul.

“Saya bercakap perkara ini berdasarkan bukti. Kita boleh tengok selama ini, pihak pembangkang memang suka bermain dengan fitnah. Macam-macam fitnah yang mereka sebarkan untuk burukkan imej UMNO dan kerajaan BN.

“Pemimpin pembangkang pun ramai yang sudah didapati bersalah kerana memfitnah. Jadi kita mesti kena hati-hati untuk percaya, apatah lagi untuk sebarkan  info-info yang kita sendiri belum pastinya ianya sahih atau tidak,” jelasnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana