KENYATAAN RAFIZI TIDAK BETUL – MRT CORP

KUALA LUMPUR: Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK) melibatkan kos RM21 bilion sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bagi Fasa Satu dan Kedua projek itu, jelas Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).
Melalui satu kenyataan dikeluarkan kepada media malam Sabtu, MRT Corp menjelaskan kos RM21 bilion itu adalah bagi keseluruhan 51 kilometer laluan SBK.
Syarikat itu berkata demikian sebagai memberikan reaksi kepada dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kononnya angka RM21 bilion adalah hanya untuk Fasa Pertama laluan itu.

“Kenyataan Rafizi adalah tidak benar sama sekali,” kata syarikat itu.
Fasa Pertama MRT Sungai Buloh Kajang meliputi 12 stesen dan mencakupi jarak 21km dari Sungai Buloh ke Semantan.

Manakala Fasa Kedua Laluan SBK itu yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan, meliputi 9.5km laluan bawah tanah dari Semantan ke Maluri dan 20.5km jambatan dari Maluri ke Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana