Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik - Mahdzir

ALOR SETAR: Kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyebut bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu jenaka politik yang melucukan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini kerana proses untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sebaik mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bukanlah perkara mudah.

"Matlamat tersebut sangat tidak realistik. Bayangkan bila sudah mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Wan Azizah perlu kosongkan kerusi, buat pilihan raya kecil dan banyak lagi proses yang pasti bukannya sekejap," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Pelajar Program Puncak Pembina di sini, Ahad.

Media tempatan melaporkan, pada majlis di Pulau Pinang baru-baru ini, Kit Siang dilapor mencadangkan Dr Wan Azizah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika pembangkang memenangi PRU akan datang.

Mahdzir, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pembangkang kini cuba membuat helah kepada rakyat dengan menunjukkan kononnya mereka boleh memimpin sekiranya diberi peluang memegang tampuk pemerintahan.

Bagaimanapun, jelas Mahdzir, kenyataan bercanggah daripada setiap parti pembangkang mengenai siapa calon perdana menteri yang layak sekiranya mereka menang PRU akan datang, jelas menunjukkan tiada keyakinan sesama mereka. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana