Jatuhkan Orang Bukan Cara Saya - Zahid

BAGAN DATOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan bertindak menjatuhkkan sesiapa.

Bercakap mengenai surat layang yang kononnya ditulis oleh beliau, Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi mengulangi bahawa hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sangat baik.

"Apabila surut itu muncul, Perdana Menteri segera menjawab kerana beliau tahu ia adalah palsu.

"Saya telah bekerja dengan beliau sejak 1 Oktober 1987 sebagai setiausaha politiknya, sudah 30 tahun.

"Saya tidak pernah menjatuhkan sesiapa selama ini," katanya ketika berucap pada majlis bersama pemimpin Umno Bagan Datoh pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, beliau bernasib baik kerana sepanjang beliau berkhidmat di kawasan itu, tiada siapa yang pernah bertanding menentang beliau untuk jawatan ketua Umno Bahagian Bagan Datoh.

Minggu lalu surat layang yang mengandungi senarai nama Kabinet baharu dengan menamakan Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri muncul di media sosial.

Surat itu yang mengandungi kepala surat kerajaan yang palsu juga menggesa semua anggota Kabinet supaya memberi tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana