Habis Lah plak!!!! Bekalan air, 3 juta penduduk Lembah Klang terjejas

Kira-kira 3,892,641 penduduk sekitar Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air bermula esok.

Gangguan tersebut membabitkan 814 kawasan sekitar Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur membabitkan 707,759 akaun.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail, berkata gangguan itu bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

Beliau berkata, kerja henti tugas TNB akan bermula jam 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam.

“(Ia akan) menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Ridhuan berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja selesai dan loji rawatan air terbabit beroperasi semula.

“Pengguna dinasihati untuk menyimpan air mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana