DAP “HEBAT”, PAN “DAHSYAT”, TAPI MAHATHIR TETAP BUAT PARTI SENDIRI JUGAK, INI SEBABNYA!!

SATU minggu terdekat ini, dua kali Mahathir menghadiri perhimpunan parti-parti komponen Pakatan Harapan, masing-masing DAP dan PAN (Parti Amanah Negara). Ironinya, masing-masing DAP dan PAN, guna ‘konvensyen’ untuk perhinmpunan parti masing-masing. Nampak sangat ‘bersaudaranya’
Apapun, menarik dalam kedua-dua kehadiran itu, Mahathir memuji masing-masing PAN dan DAP sebagai terbaik, terhebat serta mampu mengalahkan BN begitu saja. Bukan itu saja, dalam kes DAP, Mahathir menganggap parti itu lebih Melayu dari UMNO pun, sebab lagu partinya dalam bahasa Melayu!!
Kesipuan macam manakah ini? Tapi ini Mahathirlah, kalau tak mengarut satu hari macam orang sasau, bukan Mahathirlah namanya.
Tapi lantaknya lah dia bab itu. Yang jadi hairannya pada penulis sekarang ialah, disamping semua yang dahsyat-dahsyat pasal 2 parti ini – belum cakap pasal PKR lagi, Mahathir tetap memilih untuk adakan parti sendiri, parti Pribumi Bersatu cap bunga. Agak kenapa?
Logik apa Mahathir pakai? Baik, hebat apa segala tapi tetap pilih untuk adakan parti sendiri? Samalah macam bila Mahathir memuji Anwar dan Kit Siang dengan segala macam pujian tapi dia tetap menamakan Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri (sebelum mengubah pendirian beberapa hari selepas itu).
Betulnya, tidaklah kedua parti itu hebat dan dahsyat pun, Mahathir tipu saja. Dia saja cakap macam itu untuk dapatkan sokongan untuk melaksanakan agenda peribadinya semata-mata dan Mahathir sanggup buat apa pun untuk dapat sokongan itu pada saat sekarang ni. Jilat ludah, telan kahak, apa yang Mahathir tak buat, semua pun dia buat.
Apakah dia agenda peribadi itu? Ya, sudah tentulah untuk melantik anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri – benda yang dah berbulan-bulan kita cakap dan berbulan-bulan juga Mahathir nafikan. Tapi dengan pelbagai perkembangan berkaitan kebelakangan ini, menafikannya pun hanya menunjukkan saja lagi bahawa Mahathir ni bodoh.
Hanya dengan mengadakan parti sendiri sajalah, Mahathir mampu meletakkan Mukhriz pada jawatan tertinggi tanpa perlu bersaing dengan orang lain. Dan sememangnya itulah Mahathir yang selama ini kita tidak kenal, seorang yang tidak suka kepada persaingan.
Sekali saja Mahathir cuba disaingi pada 1987, lihatlah apa yang jadi, dia haramkan UMNO dan tubuh UMNO baru serta meletakkan pelbagai syarat agar jawatan Presiden UMNO yang dia sandang, sukar dicabar melainkan dia sendiri letak jawatan. Itu akibat kalau cuba cabar Mahathir
Bukalah mata, masih nak percaya Mahathir lagi?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana