China rampas dron bawah air AS di Laut China Selatan

Sebuah kapal perang Tentera Laut China merampas pesawat kawalan jauh bawah air yang digunakan oleh kapal oseanografi Amerika Syarikat (AS) di perairan antarabangsa di Laut China Selatan, baru-baru ini.
Rampasan itu mencetuskan bantahan diplomatik rasmi daripada Washington dan permintaan untuk dron itu dipulangkan.
“Kami menggesa China untuk mengembalikan UUV kami dengan segera dan untuk mematuhi semua obligasi mengikut undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap Pentagon, Peter Cook dalam satu kenyataan.
Beijing tidak mengeluarkan kenyataan rasmi konfrontasi terbaru dua negara itu, tetapi pengkaji China berkata, kejadian itu menunjukkan bahawa kedua-dua kuasa tentera kini memasuki fasa ‘pertandingan bawah air’.
“Kami mahu memberi isyarat bahawa jika anda mengintip kami di bawah air dan mengancam keselamatan China, kami mempunyai langkah-langkah untuk menanganinya,” kata Presiden Institut Kajian Laut China Selatan Kebangsaan China, Wu Shicun.
Wu percaya tujuan dron itu digunakan untuk mengumpul risikan mengenai pembinaan struktur di pulau di Laut China Selatan, atau mengikuti pergerakan kapal selam China.
“Dalam keadaan ini, kami boleh mengatakan bahawa dron itu telah memberiancaman keselamatan kepada China,” katanya.
Insiden itu berlaku pada 15 Disember lalu kira-kira 80 kilometer di luar perairan Teluk Subic, Filipina.
AS mendakwa dron itu digunakan untuk menguji tahap kemanisan air laut dan suhu bagi membantu memetakan saluran air.
Baru-baru ini, sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di AS, Asia Maritime Tranparency Initiative (AMTI) mendedahkan gambar satelit, kononnya China menempatkan aset tentera di tujuh pulau buatannya di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, sekiranya gambar berkenaan benar, ia akan menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa hingga mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan.
Rampasan itu adalah insiden terbaru dalam rentetan konfrontasi di rantau ini, memberi lebih tekanan di tengah ketegangan berterusan di Laut China Selatan. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana