Cermin diri sendiri sebelum kritik orang lain...Siapa Kah Itu...?

Cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengata. Itulah ungkapan yang sesuai kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila seringkali mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa malah menyarankan agar Muhyiddin membersihkan nama yang terpalit akibat skandal seks sebelum mengkritik Najib.

Annuar merujuk kepada dakwaan yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan seorang wanita baru-baru ini.

“Dia (Muhyiddin) tidak layak komen. Elok tumpu kepada usaha membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi,” kata Annuar kepada sebuah portal atas talian.

Beliau berkata demikian selepas Muhyiddin membidas perhimpunan agung UMNO yang selesai baru-baru ini sebagai medan untuk Najib menagih ketaatan ahli parti, berbeza dengan perhimpunan sebelum ini.

Najib ketika menggulung PAU 2016 menyeru ahli parti supaya setia kepada presiden selain menyindir apa yang dilakukan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Muhyiddin supaya lebih menumpukan perhatian membangunkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ucapan penggulungan presiden banyak memberikan kekuatan kepada parti, termasuk prinsip wala’ iaitu kesetiaan dan kesepaduan,” katanya.

Bung Moktar menjelaskan 2 ciri itu amat diperlukan ketika ini agar UMNO terus diyakini penyokongnya.

“Apa pun presiden berhak untuk memaklumkan ahli parti mengenai agenda tersirat gabungan pembangkang untuk menjatuhkan UMNO dengan cara yang rakus,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana