‘BUNGA RAYA’ JADI ‘LAYU’ TANPA PAS

Sebelum ini, puak parti ‘Bunga Raya’ bermati-matian cuba mempamerkan kononnya parti mereka sedang menjalin kerjasama dengan PAS. Layaknya mereka seolah-olah, ‘Bunga Raya’ tidak mampu hidup dan akan ‘layu’ tanpa PAS.

Bagi menunjukkan ‘akrab’ mereka dengan PAS, mereka seboleh-bolehnya cuba menyebarkan hubungan baik pemimpin ‘Bunga Raya’ dengan Ahli Parlimen PAS, Dato’ Mahfuz Omar. Padahal, bukan setakat orang UMNO, orang PAS sendiri pun tahu Mahfuz dipihak mana sebenarnya…

Namun baru-baru ini, ‘Bunga Raya’ bagai menerima tamparan hebat apabila PAS menegaskan bahawa parti mereka tidak pernah menjalin sebarang hubungan dengan PPBM selama parti itu tertubuh.

Malah lebih memalukan, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa hanya PAS saja yang ‘terhegeh-hegeh’ datang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PAS. Sedangkan PAS hanya memberi kata dua kepada mereka.

Kata dua itu secara teknikalnya mengatakan ‘Bunga Raya’ harus tinggalkan Pakatan Harapan dan menyertai Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan PAS bersama Ikatan. Itupun jika PPBM mahu bekerjasama dengan PAS. Jika sayang sangat pada DAP dan PAN, ‘Bunga Raya’ boleh saja kekal bersama Pakatan Harapan.

Sekiranya penulis di tempat ‘Bunga Raya’, maka jelas sangat kehendak PAS itu. Jika mahu kerjasama dengan PAS, maka mereka perlu tinggalkan Pakatan Harapan dan berketuakan PAS di dalam Gagasan Sejahtera. Jelas, bukan?

Jadi, ‘pi mai pi mai tang tu’ juga. Sama ada ‘Bunga Raya’ sertai Pakatan Harapan mahupun Gagasan Sejahtera, kedudukan parti yang baru ditubuhkan itu tetap ‘hingusan’ di mata parti-parti senior, bagai ‘macai’ yang hanya ‘melukut ditepi gantang’!

Sukar sangatkah ‘Bunga Raya’ untuk menilai diri dan kedudukan mereka di mata pembangkang? Hendak jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ‘booking’ kerusi itu. Mahu bersama PAS, terpaksa pula bercerai dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng? Sedangkan ‘cinta baru saja hendak berputik…’.

Itu pun ‘macai-macai’ dari parti baru itu tidak malu untuk mendakwa diri mereka ‘ditakuti’ oleh UMNO dan Barisan Nasional. Kononnya UMNO dan BN selalu sebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir kerana ‘takutkan’ mereka?

Susah juga jika berdepan dengan jenis yang tidak sedar diri sebegini, bukan? Kita sebut bukan kerana takut. Kita sebut kerana ‘kasihan’, kita sebut kerana ‘sayang’. ‘Sayang’ jika tidak kenal lagi pada ‘tikar sejadah’. ‘Kasihan’ jika segala ‘jasa’nya dulu bertukar menjadi ‘dosa-dosa silam’.

Jadi, penulis harap PPBM sedarlah diri dan renung kembali kedudukan mereka di mata pembangkang. Hakikatnya bibir mungkin menguntum senyuman, tangan mungkin mendepa tanda terima, namun hakikatnya mereka tidak ubah bagai ‘macai tunggangan’ saja…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana