Black 505: Nik Nazmi Didenda RM1,500

SHAH ALAM: Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad didenda RM1,500 oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengaku bersalah kerana gagal memaklumkan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan Black 505 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei, tiga tahun lalu.

Nik Nazmi pada mulanya mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu.

Bagaimanapun beliau menukar pengakuan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ghazali Cha pada Khamis.

Nik Nazmi membayar denda itu dan meninggalkan mahkamah bersama peguam dan beberapa penyokong.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.

Nik Nazmi diwakili peguam Shahredzan Johan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pihak pendakwaan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment