Biasalah Muka Buat Selamba....

WALAUPUN dia suka mencemuh, memerli dan mengutuk Ketua Kerajaan Barisan Naional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun sebagai memperingati jasanya sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetap diberi kedudukan setara selayaknya diperoleh.

Selaku bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz tetap diberi penghormatan oleh pihak kerajaan ketika Majlis Menyambut Kepulangan DYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah pada 12 Disember 2016.

Dalam majlis berkenaan, kerusi Mukhriz ditempatkan di sudut khas yang turut menempatkan bekas-bekas Menteri Besar Kedah yang lain. Walaupun dia bergelar Menteri Besar dalam beberapa tahun sahaja dan kini menjadi pembangkang yang meletakkan Kerajaan BN sebagai musuh utamanya, namun Timbalan Presiden PPBM itu tidak langsung dipinggirkan.

Ini jauh dari apa yang dituduh oleh para pemimpin dan ahli PPBM yang kununnya Kerajaan BN bukan hanya bersikap kejam, malah memperlakukan bekas-bekas pemimpin seperti tidak bernilai.

Ia juga sekali gus menafikan kenyataan ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memfitnah Najib dengan mengatakan bahawa Kerajaan BN telah mempergunakan Istana Negara untuk tidak memberi kebenaran kepadanya hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Selasa.

Walhal hakikatnya, pembatalan berkenaan dilakukan sendiri oleh Istana Negara atas sebab-sebab tertentu dan melibatkan beberapa pemimpin lain, termasuklah Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. Namun, gaya propaganda Mahathir seolah-olah hanya dirinya sahaja beserta isteri yang diperlaku kejam oleh Najib serta BN.

Logiknya, jika Kerajaan BN boleh mempergunakan institusi beraja di negara ini, sudah pasti pada majlis menyambut Sultan dan Sultanah Kedah di Lapangan Terbang Alor Setar pada hari Isnin tersebut akan turut membatalkan jemputan dan tidak menyediakan kerusi buat Mukhriz.

Tiada langsung istilah tidak menghargai atau Kerajaan BN mempergunakan institusi beraja di negara kita. Buktinya Mukhriz sendiri kelihatan tidak langsung kesipuan! –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana