Amanah jangan bermimpi...Politik Sekutu DAP memang Macam Tu

SHAH ALAM - Parti Amanah perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat pada PRU14.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Umno sendiri sukar untuk menang di Kelantan, apatah lagi Amanah yang baru setahun jagung ditubuhkan.

“Jika dalam pilihan raya lalu di Terengganu Umno menang tipis dengan hanya dua kerusi, Insya-ALLAH kita akan rampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.

“Sasaran kita untuk menang di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan,” katanya, semalam.

Beliau  mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada Konvensyen Nasional Amanah kelmarin, bahawa parti tersebut mempunyai peluang untuk menang di Kelantan dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, Amanah dan Pakatan Harapan hanya parti baharu dan bergantung harap pada DAP sebagai jentera pilihan raya mereka.

"Sedangkan Pas memiliki jentera pilihan raya yang kuat di kedua-dua negeri tersebut sejak sekian lama.

"Pas telah bekerjasama untuk berkempen dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.

“DAP sukar mendapatkan undi Melayu sedangkan di Kelantan dan Terengganu mempunyai pengundi yang solid Melayu.

"Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana