AKHIRNYA… ANINA SAADUDIN BUAT PENGAKUAN!

Sayap Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mengulas mengenai perkembangan terbaru bersabit rundingan antara parti itu bersama PAS.

Menurut Ketuanya Anina Saadudin, sayap pimpinannya akan mendokong apa jua keputusan pimpinan tertinggi parti berkaitan permuafakatan dengan parti lain.

Ujarnya, ini adalah demi memastikan keutuhan pembangkang sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sudah pastilah kami di peringkat sayap ada tahu sedikit sebanyak tentang perkara tersebut, tapi tiada autoriti atau dalam keadaan yang boleh buat sebarang komen tentang perkara tersebut.

“Sebarang keputusan yang diambil pucuk pimpinan parti berkaitan dengan rundingan yang dibuat oleh parti pembangkang lain, pihak Srikandi, saya sebagai Ketua Srikandi, menyokong penuh sebarang keputusan yang dibuat tersebut,” katanya kepada Antarapos.

Selasa lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pimpinannya akan meneruskan rundingan dengan PAS, meskipun kini mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Muhyiddin, PH telah dimaklumkan mengenai kemajuan rundingan tersebut dan gabungan itu telah menyatakan bahawa rundingan bersama PAS masih boleh diteruskan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad semalam berkata rundingan antara PAS dengan PPBM tidak tergugat meskipun parti itu menjalin persefahaman dengan PH.

Malah kata Idris, perbincangan masih diteruskan kerana PAS belum membuat keputusan rasmi mengenai perkara itu.

Muhyiddin sebelum ini sudah beberapa kali mengadakan pertemuan bersama PAS, namun tidak pernah mendedahkan hasil perjumpaan tersebut.

Muhyiddin dikatakan cuba menjadi ‘orang tengah’ untuk memujuk PAS bekerjasama dengan pembangkang yang lain bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Namun PAS berulang kali menegaskan bahawa kerjasama berkenaan tidak akan berlaku kerana mereka tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan DAP dan Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana