Warta Sebahagian Tanah Orang Asli - Ku Li

GEORGETOWN: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan Kelantan mewartakan sebahagian daripada tanah yang digunakan Orang Asli di kawasan parlimennya untuk masyarakat itu.
Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana Orang Asli menganggap kawasan yang didiami mereka adalah tanah tradisi milik mereka.
"Orang Asli bergantung kepada kawasannya dan anggap ia adalah tanah tadisi milik mereka. Tapi mereka tidak sedar di Kelantan tidak ada tanah rizab Orang Asli, tidak seperti di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
"Saya sanggup campur tangan berunding dengan kerajaan negeri...kalau boleh sebahagian tanah yang diguna (Orang Asli) dirizab agar ia tidak dicerobohi oleh sesiapa termasuk pembalak kerana ada tanah yang luas lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran di Universiti Sains Malaysia di sini, Sabtu.
Tengku Razaleigh mengulas insiden sekumpulan Orang Asli yang menyekat laluan lori balak di Pos Gob, Gua Musang baru-baru ini kerana mendakwa kampung mereka diceroboh dengan kegiatan pembalakan hingga menjejaskan kehidupan dan sumber pendapatan mereka.
Beliau berkata ia bukan hanya soal pencerobohan malah aktiviti pembalakan di kawasan itu juga mengancam kehidupan Orang Asli kerana ia menyebabkan punca air tercemar dan hidupan sungai juga banyak yang mati akibat air yang terlalu kotor.
"Air mereka walaupun sudah dimasak tetap tidak boleh diminum, kasihan mereka. Kita sudah cuba tanam paip sedalam 300 kaki, tapi tidak ada air sebab ia terletak di kawasan bukit.
"Sebab itu mereka buat sekatan kerana marah dan tidak boleh nak salahkan mereka sebab nak jaga kehidupan. Kedua-dua pihak kena faham soal ini dan berunding," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana