Video Lelaki Dipukul Guna Batang Buluh Tersebar

PETALING JAYA: Satu rakaman video yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipukul bertalu-talu menggunakan batang buluh.

Video selama 15 saat itu dimuat naik oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Sayang (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pada pagi Isnin yang menunjukkan mangsa dipukul di penjuru di sebuah bilik sambil merayu kepada si pemukul agar menghentikan perbuatannya.

Namun penyerang tersebut berulang-kali memukul di bahagian kaki mangsa.

Seorang lagi lelaki yang dilihat dalam bilik itu tidak sekadar melihat dan tidak menghalang keganasan tersebut.

Bagaimanapun punca sebenar dan tarikh kejadian itu tidak dapat dipastikan.

Video berkenaan teleh dikongsi sebanyak 7,000 kali di Facebook dan menerima 900 komen.

Ramai netizen menggesa pihak polis menyiasat kejadian tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana