Video: KPDNKK Serbu Permis Jual Alat Sembahyang Cina Sorok Minyak Masak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas sebanyak 3,000 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di sebuah premis menjual peralatan sembahyang di Taman Jalong, di Sungai Siput pada Isnin.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazuddin Ahmad Hamdan berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, seramai lapan anggota penguat kuasa menyerbu premis berkenaan membuat serbuan sebelum merampas minyak masak berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000.

“Premis ini didapati menyimpan dan memiliki barang kawalan melebihi daripada had yang ditetapkan iaitu sebanyak 500 kg.

“Pada masa yang sama, kami turut mendapati pemilik premis cuba untuk menyeleweng minyak tersebut untuk kegunaan industri,” katanya.

Tiga lelaki termasuk seorang pemilik premis turut ditahan untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan.

SuaraTV

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana