Tun Mahathir macam 'kereta antik mahu tanding Formula One', kata Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melihat kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat ahli Parlimen pembangkang bagi membincangkan kuasa imuniti ahli-ahli Parlimen, hari ini sebagai 'sia-sia'.

Annuar juga menggelarkan tindakan Dr Mahathir sebagai 'kereta antik' yang berusaha untuk bersaing dalam perlumbaan 'Formula One'.

"Isu kecil begitu tidak penting. Respon saya mudah, membawa Dr Mahathir ke Parlimen seperti membawa kereta antik ke Formula One, elok dipandang tetapi tidak relevan untuk digunakan berlumba," katanya kepada media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Pakatan Harapan mengadakan sesi mesyuarat itu apabila tiga ahli Parlimen yang dahulunya menteri Kabinet bakal disoal siasat dan dikenakan hukuman selepas bertindak mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Tiga ahli Parlimen itu adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Justeru mesyuarat itu diadakan sebagai mempertahankan tiga ahli Parlimen berkenaan daripada disiasat sekaligus dikenakan hukuman.

Rata-rata ahli Parlimen Pakatan Harapan hadir ke mesyuarat itu. Satu-satunya Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dilihat menghadiri mesyuarat itu.

Diaju lebih lanjut, Annuar menolak dakwaan pembangkang bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersifat berat sebelah berhubung isu siasatan kepada tiga bekas menteri Kabinet itu.

"Saya sebagai ketua pembangkang di Kelantan suatu ketika dahulu juga pernah rasa begitu, seolah Speaker berbuat sesuatu yang bukan seperti kita mahukan. Tetapi kita kena tahu, jika kita tidak setuju dengan apa yang Speaker putuskan, ada beberapa perkara di dalam Peraturan Dewan yang membolehkan kita buat usul khas.

"Kalau anda tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Speaker, anda boleh bawa ke depan alasan itu berdasarkan perundangan. Tetapi jika pembangkang dakwa Pandikar sebagai Speaker Dewan yang teruk, begitu juga orang lain boleh lakukan (dakwa) kepada anda," ujar Annuar lagi.

Pertemuan antara Dr Mahathir dan pembangkang hari ini mencapai empat resolusi, iaitu meminta Ketua Polis Negara mengarahkan pihak polis menghentikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen yang berucap dalam Parlimen.

Keduanya, meminta Speaker Dewan Rakyat menghormati dan mempertahankan Hak dan Kebebasan Parlimen selain meminta semua pihak mengiktiraf dan kembalikan hak ahli Parlimen.

Bukan itu sahaja, mereka juga meminta Pandikar mengkaji semula kenyataan yang dikeluarkan pada 31 Mac dan 20 Oktober berkenaan soal RM2.6 bilion yang ditolaknya kerana bersifat 'sub judice'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana