Tun Mahathir akan tumbuk penyerangnya hingga lembik, Lee Kuan Yew beritahu Najib

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai peninju 'heavyweight' yang akan menumbuk muka penyerangnya hingga lembik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu Kuan Yew berkata demikian ketika dalam pertemuan bersamanya pada 2009.

Najib berkata demikian selepas ditanya serangan demi serangan bekas perdana menteri itu ke atasnya selepas mengambil tampuk pemerintahan.

“Beliau (Dr Mahathir) obses dalam melakukan sesuatu mengikut caranya. Saya sudah menjangkakan yang beliau akan menyerang saya tapi apa yang saya tidak jangkakan ialah kekikiran reaksinya ke atas saya.

"Saya andaikan bahawa itu adalah sebahagian daripada sikap sebenar beliau. Melainkan beliau memiliki kekuasaan sepenuhnya, kita boleh jangkakan yang beliau tidak akan berhenti menyerang.

"Dan analisis Lee Kuan Yew terhadapnya adalah yang paling tepat,” kata Najib yang dipetik dalam wawancara bersama akhbat The Star, hari ini.

Najib menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Dr Mahathir  ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian.

"Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir," katanya sambil menambah, "Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian."

"Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..," kata Najibnya.

Menurut Najib, berbeza dengan Dr Mahathir, beliau adalah sebahagian daripada mereka (kepimpinan Umno di peringkat bahagian).

"Saya membesar di dalam politik bersama-sama mereka sejak 40 tahun yang lalu. Saya adalah sebahagian daripada mereka dan mereka melihat saya bukan sahaja sebagai ketua tetapi sebagai sahabat dalam politik.

"Misalnya esok (Ahad) saya akan bertemu 300 hingga 400 pemimpin dari peringkat bahagian. Sesetengahnya adalah ketua bahagian dan ada juga yang terdiri daripada timbalan ketua bahagian".

"Saya menyertai politik pada usia 23 tahun. Jadi sudah lebih 40 tahun saya berkecimpung dalam politik dan ini memberi banyak kelebihan kerana saya bergaul dengan lebih daripada dua generasi kepimpinan parti," ujarnya.

Bagi Najib, inilah sebab mengapa Dr Mahathir gagal untuk menjatuhkannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno - sebahagian daripada sebabnya adalah kerana faktor tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana