Tegas Inilah Yang Kita MAhukan.....PM ulangi tidak akan minta maaf adakan akta jamin keselamatan rakyat…

Jika ada yang merasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ‘sudah cair’ berdepan berbagai tekanan puak pembangkang dengan mereka yang sewaktu dengannya untuk mansuhkan Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai SOSMA dan akta-akta lain yang kontrovesial…mereka nyata silap besar.

Terbaru mereka sedang memekak mengenai penahanan Pengerusi Bersih,Maria Chin Abdullah dibawah SOSMA menjelang himpunan Bersih 5.0 Sabtu lalu.

Penahanan itu untuk siasatan keatasnya ekoran penemuan dokumen tertentu di pejabat Bersih di Petaling Jaya yang ada kaitan dengan ancaman terhadap sistem demokrasi berparlimen negara ini.

Sabtu…di depan peserta Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016 beliau mengulangi pendirian tidak akan berganjak dalam menguatkuasa undang-undang untuk menjamin keselamatan rakyat.

“Biar saya jelas,saya tidak akan meminta maaf untuk menjadikan keselamatan semua rakyat sebagai keutamaan saya dengan meluluskan SOSMA,Akta Perlindungan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan.”katanya.

Beliau menegaskan undang-undang ini membolehkan kerajaan bertindak segera menangani ancaman dari IS.

Najib memberitahu ada sesetengah negara terpaksa bergegas mewujudkan undang-undang baru untuk berdepan dengan masalah ini setelah tidak ambil berat sebelumnya.

Berucap pada wacana yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu Perdana Menteri berkata pada ketika penguatkuasaan undnag-undang mengenainya perlu langkah mencegah menerusi pendidikan juga harus dilaksanakan.
Dalam pada itu Najib berharap generasi muda membantu menyebarkan mesej mengenai Islam tulen, supaya saudara sesama Islam tidak terpesong ke dalam kegelapan dan keganasan.
Perdana menteri berkata banyak daripada orang yang melakukan perbuatan keganasan bagi pihak militan Daesh diketahui kurang kasih sayang, tetapi telah diradikalisasikan secara berterusan, membenarkan mereka menyalurkan kemarahan dan kekecewaan oleh mesej yang telah diputarbelitkan.
"Sesetengah mereka yang melakukan perjalanan untuk menyertai Daesh sebenarnya membeli salinan buku bertajuk 'Islam for Dummies'. Ia seakan-akan satu jenaka. Tetapi ia lompong, amat pahit, yang telah memusnahkan kehidupan banyak orang.
"Sebenarnya, Islam tulen dapat membetulkan mereka. Ia akan memberitahu mereka bahawa melakukan kekejaman bagi pihak Daesh tidak akan dapat menebus kehidupan mereka yang berdosa di masa lalu," katanya
Najib berkata Islam yang sebenar dan tulen telah membina peradaban-peradaban yang gemilang di dunia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana