Suami Isteri Ganggu Penguatkuasa MBSA Dipenjara 14 Hari...Padan Mukanya

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dipenjara 14 hari oleh mahkamah majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang tugas seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Lor Ka Hoo, 35, dan isterinya, Tan Sit Fun, 30, mengaku menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang Nurul Ain Isa, 23, daripada menjalankan tugasnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.


Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Majistret P.Sarulatha mengarahkan tertuduh membayar denda RM3,000 setiap seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan pasangan ini dibenarkan ikat jamin RM2,000 seorang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana