Status ‘banduan’ halang Anwar jadi PM : Zuhdi

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yakin bukan mudah untuk melantik bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Zuhdi memberi alasan status ‘banduan’ akan menjadi penghalang utama untuk sekutunya, Tun Dr Mahathir Mohamad merestui Anwar menjadi perdana menteri.

“Kecelaruan siapa bakal perdana menteri antara PH (Pakatan Harapan) dan PPBM (Parti Peribumi Bersatu Malaysia) akan berterusan hingga mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Dr Mahathir tidak mungkin merestui Anwar menjadi perdana menteri walaupun selepas dibebaskan nanti. Sekiranya Anwar dibebaskan, beliau tetap berstatus seorang bekas banduan yang pernah disabitkan kes jenayah liwat, meskipun pendukung PH terus menganggap beliau sebagai tahanan politik,” katanya.

Menurut Zuhdi, status itu perlu ditukar jika pimpinan PH dan PPBM mahu menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak nampak bagaimana kaedah atau caranya yang membolehkan PH menukar status itu kerana dari segi perundangan status itu tetap kekal.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub ketika berucap pada Konvensyen Nasional PH semalam mencadangkan calon baharu menjadi Perdana Menteri dinamakan sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak Dr Mahathir yang menganggap tiada keperluan untuk berbuat demikian selain boleh menimbulkan perbalahan dalam kalangan pakatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana