Soo Wincci belajar dari kesilapan kritik PM...Bila Tiada Untung Barulah Nak Berubah...Ptuihhh

Pelakon dan penyanyi Soo Wincci mengakui nekad untuk tidak mahu lagi menyentuh dan memberi sebarang komen berkaitan politik yang boleh mencetuskan kontroversi.

Wincci,31, berkata insidenya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu dianggap sebagai satu proses dalam menjalani kehidupan yang lebih matang.

"Saya tidak akan campur atau beri apa-apa pandangan dalam bidang politik kerana saya tidak mahu perkara lama berulang kembali.

"Saya sudah lupakan kisah lalu itu dan yang pasti saya ingin menyumbang lebih banyak kepada negara," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Wincci yang kini bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan pernah mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik sebuah video yang meminta Najib meletak jawatan.

Ekoran daripada tindakannya itu banyak penaja yang menarik tajaan mereka untuk konsertnya iaitu Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober 2015 sehinggakan dia menanggung rugi.

Selain itu, katanya apa yang dilakukan ketika itu sebagai salah satu cara yang difikirkan terbaik tanpa memikirkan kesannya secara mendalam.

"Saya anggap ia sebagai proses, ya tahun lalu saya sering berfikir dan takut apa yang akan jadi pada negara tapi sebenarnya jika melakukan perkara yang betul semuanya akan jadi baik.

"Lebih baik sekarang saya fikirkan apa yang boleh saya lakukan untuk mengharumkan nama negara, itu lebih bagus," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana