Sikap diktator politik Mahathir tak gentarkan PAS

Bagaimanapun keadaan kini agak berbeza. Kuasa memerintah tidak lagi berada di tangannya. Usaha PPBM untuk menjalin kerjasama dengan PAS masih belum berhasil setakat ini.

Namun sikap politik Mahathir tetap tidak berubah. Meskipun parti barunya masih belum mampu membuktikan apa-apa di segi politik, Mahathir sebagai Pengerusi PPBM, sudah bersedia menentang PAS jika enggan bekerjasama.

Sikap politik ala 'gedebe' ini boleh dibandingkan dengan pendirian bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush yang memberi kata dua pada mana-mana negara yang tidak menyokong usaha menentang keganasan, adalah musuh negaranya.

Yang menariknya, PAS seolah-olah sedikitpun tidak 'terusik' dengan sikap 'diktator politik' Mahathir itu. Malah PAS kini nampaknya agak tenang dan jelas tujuan perjuangannya.

Memang penyertaannya dalam politik Malaysia adalah kerana memerintah. PAS mahu menang pilihan raya. Namun setelah bekerjasama dengan banyak pihak beberapa kali, PAS lebih rela melaksanakan tugas hakikinya.

Ini dimaktubkan Allah: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung." (Al Imran: 104).

Keuntungan yang PAS dambakan adalah lebih besar daripada kuasa memerintah negara. Namun PAS tidak mahu mengabaikan tawaran Allah sebab itu meskipun belum berkuasa ia masih berusaha menasihati pemerintah.

Pendirian ini amat dikesali oleh musuh-musuh PAS seperti Amanah dan komponen PH lain. Ada yang mengutuk dan menyindir PAS sudah termakan dedak Umno-BN . Namun bagi PAS itu hanya tohmahan.

Yang mahu dianjurkan PAS ialah taat pada perintah Allah: “Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai berai dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka iaitu orang mendapat seksaan yang berat” (Al Imran: 105).

Umat Islam di Malaysia kini semakin diracik oleh politikus yang mewakili banyak parti politik baru mempunyai matlamat untuk berkuasa. Pelbagai alasan dicanangkan kononnnya untuk melakukan reformasi di negara ini.

Bagaimanapun PAS akur apabila "dipinjamkan kuasa oleh Allah", banyak perkara kebajikan yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan. Malah obsesi golongan ini lebih tertumpu mempertahankan kuasa dan melumpuhkan lawan.


Justeru politik kiasu atau gedebe Mahathir tidak menjejaskan i’tikad politik PAS. Walau digertak akan berhadapan dengan parti pimpinan Mahathir sekalipun atau difitnah dengan tuduhan diberi 'dedak', PAS tidak latah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana