Siapakah Adam..... ada beberapa rumah lagi selain banglo RM7 juta

Bukan sahaja banglo RM7 juta malah  Ketua AMK PKR, Datuk Adam Rosly turut memiliki beberapa rumah lain.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan, kekayaan Adam sehingga memilik beberapa buah rumah adalah kerana bapanya seorang ahli perniagaan.

Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR, kekayaan Adam tiada kaitan dengan beliau.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya Adam pernah tinggal di kawasan setinggan.

“Itu bohong, dia tak pernah tinggal setinggan, Adam ada beberapa buah rumah, kebetulan dia juga adalah Pengerusi Penduduk Pangsapuri Industri, dia juga jadi pengerusi surau di situ, jadi dia ada satu unit (rumah) di situ yang didudukinya bersama dengan nenek.

“Jadi dia baharu kahwin (selepas itu), dia pindah ke rumah baru ini, secara peribadi (kekayaan) dia dibantu oleh bapanya,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Zuraida diminta mengulas  kekayaan Adam memilik banglo RM7 juta yang viral di media sosial semalam sedangkan bapanya dikatakan hanya tinggal di rumah setinggan.

“Setahu saya Adam memang anak seorang ahli perniagaan.  Di dalam parti pun, saya tak ada buat lantikan sebagai ahli majlis atau ketua kampung untuk dia, saya percaya dia adalah telus dengan kekayaan dia dan harta yang dia ada,” ujar beliau.

Tegasnya, tiada mana-mana individu termasuk Adam naik kerana beliau sebaliknya kekayaan mereka adalah berdasarkan keupayaan masing-masing.

“Itu memang bohonglah, tak ada sesiapa yang naik kerana saya, semua atas dasar keupayaan sendiri,” katanya bagi menjawab segala tuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Zuraida turut memaklumkan bahawa laporan polis akan dibuat di IPD Ampang bersama Adam, esok berhubung gangguan yang dibuat oleh ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos di hadapan rumah Adam, semalam.

Menurut Zuraida, mereka turut akan mengemukakan saman kepada Jamal berhubung isu tersebut.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment