Siapa agaknya yang kartun?…Zunar ditahan dibawah Akta Hasutan

Kebebasan bersuara atau kebebasan berkarya adalah satu hal…namun menghasut dan fitnah adalah satu hal lain.

Siapa saja yang ikuti karya kartun politik yang dilakar oleh Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 54, termasuk yang dari masa ke semasa disiarkan di sebuah portal berita pro pembangkang dapat lihat adakalanya ia agak keterlaluan.

Kata orang berani buat kena berani tanggung.

Semalam Jumaat sekumpulan pemuda telah ‘ gempur’ pameran lukisan kartunnya di aras tiga Komplek Tun Abdul Razak (Komntar ) di Georgetown kerana marah dengan karyanya yang menghasut dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketegangan berlaku sehingga dia akhirnya bersetuju turunkan 20 karyanya di pameran itu yang tiga jam sebelum itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pameran itu yang sepatutnya berlangsung sehingga esok ,Ahad terpaksa dibatalkan.

Petang Sabtu ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di Georgetown mengenai insiden itu pada jam 6 petang Zunar ditahan dibawah Akta Hasutan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan kartunis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zunar akan disiasat selama 24 jam dan jika siasatan tidak selesai polis akan memohon untuk tahanan  direman.

Ini adalah kali ke 10  Zunar ditahan dibawah Akta Hasutan.

Zunar juga pernah tunjuk lagak beraksi menghina hakim di depan mahkamah di Putrajaya semasa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ( gambar diatas).

Puak-puak ini memang sentiasa merasa diri mereka hero dengan segala macam aksi apa lagi kalau kena tahan.

Siapa agaknya yang kartun sekarang?

Ikut ceritanya jika disabitkan kesalahan atas 10 kes Akta Hasutan pelukis kartun ini boleh ‘ bercuti rehat’ di dalam sampai 43 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana