Seminar Pemikiran Anwar: MP BN Sungai Besar kecam JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seharusnya tidak terlibat dalam memberi arahan kepada guru-guru agama di negeri ini untuk menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz pada 28 November ini.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab memastikan pembangunan Islam di Selangor, JAIS tidak seharusnya terlibat apatah lagi mengeluarkan arahan sedemikian kepada guru-guru agama negeri untuk menghadiri seminar tersebut.

"Ia seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat darjat Anwar Ibrahim sebagai tokoh pemikir yang kononnya boleh mencorakkan pembangunan pendidikan Islam kepada golongan pendidik dan anak-anak Selangor.

"Sepatutnya JAIS lebih peka dan mengambil kira latar belakan Ketua Umum PKR itu yang ketika ini dipenjara setelah didapati bersalah atas  kesalahan meliwat bekas pembantunya. Ini sahaja sudah cukup dijadikan pertimbangan mengenai masalah moralnya sebelum ini yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

"Tambahan pula, Anwar pernah dikaitkan dengan pendiriannya sebelum ini yang menyokong bentuk pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti fahaman liberalisme dan pluraslime termasuklah menyokong amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Kesemua bentuk pemikiran dan amalan sedemikian jelas difatwakan sesat dan haram di Selangor," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Budiman berkata demikian bagi mengulas tindakan JAIS yang menerima arahan supaya menjemput guru-guru di bawah seliaannya menghadiri seminar tersebut.

Budiman turut melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan JAIS dan tidak menolak agensi itu telah diperalat oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR untuk kepentingan politik tertentu.

"Saya (dan mungkin sebilangan besar rakyat Selangor) merasa amat kesal serta dukacita terhadap isu surat JAIS yang mengeluarkan surat rasmi mengarahkan guru dari Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri seminar tersebut.

"Penganjuran seminar itu sendiri dilihat seolah-olah satu cubaan untuk mengangkat kembali imej Anwar yang semakin merundum sejak kebelakangan ini susulan daripada peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat seperti mengetuai pakatan pembangkang.

"Saya ingin mengingatkan Kerajaan PKR Selangor supaya jangan mempergunakan JAIS dengan mengarahkan mana-mana kakitangannya termasuk guru agama menyertai program yang berbentuk politik di negeri ini," katanya.

Seminar tersebut dianjurkan oleh kerajaan negeri di bawah seliaan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau turut meminta agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) campurtangan dalam perkara tersebut demi kepentingan masa depan anak-anak Selangor.

"JAIS adalah satu agensi yang bertanggungjawab untuk memelihara, menyatukan umat dan membangunkan syiar Islam di Selangor. Maka adalah penting agensi ini tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur politik," katanya.

Terdahulu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengakui menerima arahan supaya menjemput guru-guru di bawah seliaannya menghadiri seminar tersebut namun tidak mewajibkan mereka untuk hadir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana