Selepas Kalah Saman, Rafizi Dihukum Denda Pula Anjur Himpunan Haram

Selepas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diperintahkan membayar RM200,000 semalam kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana memfitnah, kini dia didapati bersalah bula menganjurkan perhimpunan haram ‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.

Dia bersama tiga lagi tertuduh lain didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi kesalahan itu.

Rafizi, 39, yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan, Ahli Parlimen DAP-Seremban Anthony Loke Siew Fook, 39, bekas anggota Sekretariat PKR Muhammad Adib Ishar, 27, dan anggota Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, dijatuhi hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan semalam.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda dan memberi mereka masa hingga 3 petang esok untuk membayar denda itu.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan iaitu sebagai penganjur perhimpunan itu di Padang Merbok di sini, didapati telah gagal menyertakan sesalinan persetujuan kepada pemilik padang berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan bertarikh 12 Jun 2013 kepada pegawai polis yang menjaga Daerah Dang Wangi, iaitu ACP Zainuddin Ahmad, dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara 2 petan dan 6 petang pada 22 Jun 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap kesemua tertuduh berikutan berlaku kekecohan semasa perhimpunan itu diadakan.

Katanya berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwaan, terdapat cubaan untuk orang ramai menghalang DBKL daripada menanggalkan khemah yang dipasang.

“Hujahan pihak pembelaan bahawa perhimpunan itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan adalah tidak benar kerana terdapat lebih 8,000 orang berkumpul dalam perhimpunan tersebut,” katanya memetik laporan BERNAMA.

Susulan hukuman terbaru ini, ada pihak yang mengatakan kerana mentaliti dan hati Rafizi sudah sebati dengan pembangkang, tidak mungkin dia akan berhenti memfitnah semua pihak asalkan kuasa yang ada pada tangan mereka pada ketika ini kekal.

Rafizi dan Loke diwakili peguam Gobind Singh Deo, Muhammad Adib oleh peguam Eric Paulsen dan Syed Azman oleh peguam Azizul Shariman Mat Yusoff. – pru14.tv
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment