Selepas bentang RUU355 Dewan Rakyat… Hadi minta MP bukan Islam jangan berlagak macam Gabenor Jakarta

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bentang usul persendiriannya untuk memperkasa Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat Khamis mengingatkan kepada ahli Parlimen bukan Islam supaya tidak berlagak seperti Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’ yang didakwa  menghina Islam dan Al-Quran.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) yang dibawanya  kerana ia tidak berkaitan dengan mereka.

Katanya, tindakan menghalang RUU355 berkenan tidak lebih hanya bertujuan untuk kepentingan politik masing-masing.

“Saya ingatkan kepada ahli Parlimen bukan Islam, jangan nak berlagak macam Ahok di Jakarta.

Baru-baru ini demonstrasi besar-besaran diadakan oleh pelbagai pertubuhan Islam di Jakarta memprotes dan mendesak tindakan keatas Ahok kerana didakwa menghina Islam.

“RUU 355 tidak sepatutnya diganggu oleh kalangan ahli Parlimen yang bukan Islam. Namun terdapat ahli politik bukan Islam yang ganggu meskipun tidak mewakili rakyat beragama Islam sepenuhnya.

“Ianya lebih untuk politik mileage masing-masing daripada (memikirkan) kepentingan awam,” kata  Hadi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di lobi Parlimen selepas membentangkannya usul berkenaan.

Sebelum itu, Hadi semasa bentang usulnya meminta perbincangan mengenainya ditangguh ke sidang akan datang ( Mac tahun depan) kerana mahu memberi lebih penjelasan berhubung pindaan tersebut.

Beliau telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat mengenai sedikit pindaan kepada usul beliau melibatkan peningkatan tempoh penjara tidak melebihi 30 tahun, denda tidak melebihi RM100 ribu, dan sebat tidak melebihi 100 kali sebagaimana ditadbir mengikut tatacara jenayah Syariah.

Menurut Hadi ketika pindaan RUU yang sama pada 1965 dan 1984, tiada tentangan daripada ahli Parlimen bukan Islam seperti hari ini.

“Kita lihat tujuan RUU 355 ini adalah untuk menaikan taraf Mahkamah Syariah yang  telah diletakkan ditempat yang hina pada zaman penjajahan.

“Masa berjaya dipinda pada kedua-dua tahun tersebut tiada tentangan ahli Parlimen bukan Islam ketika itu termasuk Lee Kuan Liew,” katanya.

Serentak dengan itu Hadi memberitahu satu perhimpunan raksasa akan dianjurkan PAS melibatkan umat Islam seluruhnya termasuk orang bukan Islam yang menyokong RUU 355 berkenaan sebelum sidang Mac.

Sementara itu pagi ini sebilangan pertubuhan Islam telah mengadakan himpunan kecil di luar pagar bangunan Parlimen menggesa para Ahli Parlimen menyokong usul Haji Hadi.

Dalam pada itu sejurus ia dibentang timbul sedikit perdebatan dalam Dewan Rakyat khusunsya antara Ahli Parlimen PAN dan PAS.

Kalangan Ahli Parlimen PAN mahu Speakar Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia beri kepastian mengenai proses sidang berkaitan usul berkenaan.

Malah Ahli Parlimen PAN Shah Alam Khalid Samad cuba jolok keadaan dengan mendesak supaya usul itu dibahaskan hari ini juga.

Ahli Parlimen PAS Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin telah membidas mereka seolah buat tidak faham peraturan dan proses yang melibatkan usul.

Pandikar kemudiannya menjelaskan proses yang melibatkan usul berkenaan adalah panjang lagi.

Katanya ia perlu melalui bacaan kali pertama,bacaan kali kedua,dibincang di beberapa peringkat,dibahas dan lain-lain.

Beliau meminta para Ahli Parlimen patuh dan benarkan usul itu melalui proses berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana