Sejauh mana akrab 
Dr. Mahathir dan DAP?

WAIMA apa pun, hubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan DAP mesti diperjelaskan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Selagi penjelasan tidak diberi dalam bentuk ‘kesilapan’ itu, orang Melayu tidak akan terdayung untuk mengikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuainya selaku pengerusi.

Presiden PPBM, Tan Sri Muh­yid­din Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu melakukan perkara sama.

Barangkali Dr. Mahathir akan berhujah dahulunya Parti Melayu Semangat 46 (S46) pun bersahabat dengan DAP. Tetapi perlu diingatkan, per­sahabatan itu putus apabila DAP berperlakuan musang berbulu ayam yang melukai perjuangan asas parti itu untuk Melayu.

Itu juga antara sebab pembubaran parti S46. Maka, seandainya PPBM benar-benar hendak memperjuangkan pribumi Malaysia, Dr. Mahathir dan Muhyiddin perlu huraikan hubungannya dengan DAP yang diterajui penasihatnya, Lim Kit Siang. Kalau tidak, impian PPBM untuk meraih kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 akan tinggal angan-angan.

Orang Melayu mesti ingat, DAP langsung tidak boleh dikongsi persyarikatan politik kerana matlamat perjuangannya tidak bertunjangkan kedaulatan dan kepentingan orang Melayu.

Walaupun ada cakap-cakap Dr. Mahathir dikatakan kini bergabung dengan DAP untuk memusnahkan UMNO, perkataan paling tepat adalah beliau sebenarnya bertindak membelakangi parti pejuang kemerdekaan itu. Ini disebabkan dirinya mencampur-adukkan matlamat peribadi dengan perjuangan parti baharunya. UMNO dibelakanginya dengan harapan boleh membawa pengaruh aura kepemimpinan lama dengan politik arus perdana.

Sedangkan, UMNO masih utuh dan menjadi sandaran orang Melayu. Di sebalik ini, UMNO mesti cepat memperbaiki hal-hal dalamannya. Maknanya perlu lebih telus dalam perjuangan kebangsaannya.

UMNO mesti menggarap politik budiman atau ‘gentleman’s politics’. Jangan main rejam sebab rakyat merupakan satu bangsa Malaysia.

UMNO harus tersusun pendekatan objektifnya dengan menentukan keutamaan-keutamaan yang perlu untuk rakyat – dengan itu bebas dari kritikan.

Dari suatu sudut, meskipun ada andaian menyalahkan pemimpin terdahulu atas kegagalan meningkatkan kekayaan bumiputera kepada 30 peratus, barang diingat bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) hakikatnya tidak ada pengkhususan data yang tepat dan cukup.

Kekurangan pencapaian 30 peratus sebenarnya adalah kekurangan fiksyen atau konsep. Tiada kayu pengukur sebenar setakat ini berhubung pemilikan aset orang Melayu di dalam dan luar kerajaan. Cuma kalau dicampur pemilikan dalam kerajaan berserta Melayu korporat dan individu perseorangan, barulah boleh mencecah 30 peratus.

Penentuan data aset-aset milik bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak pernah dibuat. Banyak pihak menggunakan data-data `jangkauan’.

Maka amat penting suatu pangkalan data yang muktamad supaya akhirnya semua pihak mengetahui sama ada sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera itu benar-benar tercapai.

Zulkifli Jalil
Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana