Sedar Lah!!!! DAP dominasi pembangkang sekiranya menang PRU14- Annuar Musa

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti-parti pembangkang akan menjadi 'boneka' kepada DAP dalam merencanakan segala rancangannya, sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Katanya PKR dan Amanah kini jelas diperkudakan DAP dalam diam bagi mencapai cita-cita untuk melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang.

"DAP sedang merencana parti untuk mereka mengepalai (parti-parti pembangkang). Ketua Pembangkang mungkin diambil di kalangan parti lain tetapi DAP akan kawal daripada belakang termasuk kerajaan negeri Selangor yang tidak boleh bertindak dengan cara yang menyakitkan hati DAP.

"Walapun PAS ada dalam kerajaan (negeri) namun PAS tidak releven sebab PAS tidak boleh bersuara menentang DAP," katanya dalam sidang media sempena majlis Himpunan Penerangan Umno Selangor hari ini.

Ujarnya lagi, DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka yang terdiri daripada kaum Melayu sendiri dalam parti pembangkang.

Malah kata Annuar, DAP turut mempamerkan kerakusannya apabila berperanan 'mengatur' calon pilihan mereka dalam PKR dan Amanah mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selaku alat bagi DAP mencapai cita-cita mereka.

"Saya berani katakan PKR, Amanah, (Datuk Seri) Azmin Ali pun dikawal oleh DAP, dan ini adalah perkara pokok yang kita kena jelaskan mempunyai latar belakang yang sangat berbeza dengan apa yang Umno dan komponen BN hatta parti yang berpecah daripada Umno.

"PKR, PPBM termasuk PAS adalah parti yang berpecah daripada Umno. Sedikit sebanyak mereka mendokong ideologi yang hampir sama. Mereka adalah kumpulan yang berpecah," katanya lagi.

Oleh yang demikian, DAP katanya giat menggerakkan jentera pilihan rayanya dengan menamakan calon-calon daripada kaum Melayu antaranya Dr Aziz Bari bagi merebut undi kaum itu pada PRU akan datang khususnya di Selangor.

"Dalam PRU akan datang yang akan mengambil peranan paling besar dalam persiapan, DAP juga akan cuba meletakkan calon-calon Melayu terutama di Selangor sebagai strategi untuk mereka mempunyai kerusi mereka sendiri pada jumlah yang lebih besar daripada rakan-rakan mereka dan PKR, PPBM, dan Amanah akan menjadi rakan sampingan.

"DAP telah berjaya dalam tindakan mereka membuat perancangan terhadap rakan kongsi mereka, mereka telah pecahkan PAS dan dalam PKR ada DAP. Saya percaya akan campur tangan dalam PPBM sebab itu kaedah politik DAP," ulas Annuar.

Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar turut sependapat sama bahawa DAP telah berjaya meresapi parti-parti pembangkang lain dengan mengetengahkan agenda peribadi dengan mengapi-apikan isu perkauman dalam politik.

"DAP telahpun berjaya memecahbelahkan orang Melayu dan memperkudakan pemimpin Melayu (dalam pembangkang) kerana perjuangan DAP iaitu kesamarataan dan akan terus tidak berpuas hati dengan apa juga peruntukan dalam Perlembangaan Persekutuan terutamanya mengenai hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan klausa tertentu khususnya di Selangor yang memberikan keutamaan kepada orang Melayu," katanya dalam sidang media berkenaan.

Sebelum ini Penasihat DAP menafikan dakwaan bahawa parti itu akan menjadi faktor dominan dalam pembangkang sekiranya menang dalam PRU akan datang.

Katanya orang Melayu akan tetap berkuasa dan sama sekali tidak akan kehilangan kerusi Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana