Saya Malu Ibrahim Ali Itu Kawan Saya - Tun M...Buruknya Perangai Madey Ini Jika Tidak Menyokongnya

 PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau malu untuk berkawan dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, Ibrahim telah menolak untuk terlibat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu bekerjasama dengan DAP.

"Saya malu. Dia adalah kawan saya, tetapi dia tidak mahu menyertai Pribumi kerana kami berkawan dengan DAP," katanya kepada pemberita pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Selasa.

Dr Mahathir berkata, Ibrahim tidak akan bekerjasama dengan DAP kerana beliau berpendapat ia adalah jahat.

Bagaimanapun, beliau berkata, DAP bersama dengan PKR dan Parti Amanag Negara secara terbuka menyatakan bahawa antara lain mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja di negara ini.

"Mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Mereka menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan mereka juga menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Ibrahim mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada jawapan itu bermakna beliau memutuskan hubungan dengan Perkasa dan Ibrahim, Dr Mahathir menjawab: "Saya mahu beri dia peluang."

"Dia patut menarik diri. Jangan pecahkan sehingga ada pertandingan tiga penjuru, empat penjuru," katanya.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment