Sandiwara DAP: Mukhriz tak kisah...

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata partinya tidak kisah andai tidak dijemput ke persidangan DAP, 4 Disember depan.

Malah bagi Mukhriz isu tidak mendapat jemputan daripada DAP itu tidak wajar dijadikan polemik oleh mana-mana pihak.

“BERSATU (PPBM) memang tak kisah apabila kami tidak dijemput. Persidangan DAP bukanlah sebesar Kongres Pakatan Harapan  sebelum ini.

“Jadi tak mengapa kalau kami tidak dijemput,” ujarnya dipetik Sinar Harian, Ahad.

DAP bagaimanapun menjemput rakan komponennya dalam Pakatan Harapan, PKR dan PAN ke persidangan mereka hujung minggu depan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, dilaporkan berkata tindakan itu diambil kerana PPBM bukan sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.

Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia menganggap DAP mengkhianati Mahathir apabila tidak menjemput rakan politik terbarunya itu, untuk menghadiri persidangan mereka.

"Apa salahnya menjemput beliau (Mahathir) setidak-tidaknya atas kapasiti sahabat perjuangan DAP? Apakah beliau tiada nilai pada DAP? Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sepatutnya memalukan Mahathir dan parti Pribumi.

"Sedangkan Mahathir sanggup beraksi dalam perhimpunan haram BERSIH yang dikuasai DAP, bersama-sama dalam deklarasi rakyat serta turut menjayakan konvensyen Pakatan Harapan," kata Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana