RUU335: Digelar Syaitan, Zaid Ibrahim Ajak Berdebat

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencabar pihak yang menggelarnya sebagai "syaitan" untuk mengadakan debat secara terbuka di televisyen.

Zaid Ibrahim menerusi laman blognya (http://www.zaid.my/), membuka pelawaan itu selepas ramai pihak membidasnya kerana beliau tidak bersetuju dengan cadangan meminda bidang kuasa Mahkamah Syarikat untuk mengenakan hukuman yang lebih tegas.

Malah menurut Zaid Ibrahim, beliau sedia berdebat menerusi siaran langsung di televisyen untuk menjelaskan keperluan menghalusi semula usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355.

"Saya bukanlah syaitan. Saya rasa saya telah melakukan banyak perkara yang baik untuk umat Islam melalui amal kebajikan saya selama 20 tahun yang lepas, paling tidak pun, lebih daripada ramai pihak yang menuduh saya.

"Dalam cara manakah Akta 355, yang telah diulang semak ini, baik untuk yang berugama Islam?

"Saya mungkin bukanlah yang paling arif tentang hukum Islam, tetapi saya boleh mengenali ketidakadilan apabila saya menyaksikannya," ujarnya.

Selain itu, Zaid Ibrahim turut membidas sikap ahli politik dan pendakwa yang mempergunakan orang Melayu untuk mencapai hasrat mereka.

Tambah beliau, ramai orang Melayu diperalatkan dengan mudah apabila membabitkan hal politik dan agama kerana mereka terlalu bergantung kepada pemimpin masing-masing.

"Saya memahami yang orang Melayu mahukan undang-undang Islam, sama seperti mereka inginkan perubatan Islam, pendidikan Islam, sukan Islam, dan seterusnya. Saya terima semua itu, asalkan semuanya adalah untuk kebaikan dan kemajuan umat Islam dan bangsa Melayu.

"Walau bagaimanapun, jika perkara yang ingin dijalankan membawa kepada kemudaratan, maka ianya haruslah ditentang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana