RoS beri amaran batal parti diketuai Muhyiddin...Giler Kuasa Macam Ini Lah Jadinya

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberi amaran membatalkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu masih berdegil menggunakan singkatan nama parti BERSATU.

RoS melalui surat bertarikh 9 November yang ditandatangani Mohd Nawawi Mat mewakili Pendaftar Pertubhan kepada Setiausaha PPBM menyatakan parti itu telah melanggar Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan Peraturan-Peraturan-Pertubuhan 1984.

“Adalah diingatkan dan diberi amaran supaya tidak lagi menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

“Jika terdapat bukti menunjukkan pihak PPBM masih lagi menggunakan nama BERSATU, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhdap PPBM termasuk membatalkan pendaftaran PPBM,” menurut surat berkenaan.

Menurut RoS mereka telah menerima maklumat dimana PPBM masih lagi menggunakan nama BERSATU dalam pelbagai program yang dianjurkan selama ini.

Justeru amaran itu dikeluarkan RoS sebagai peringatan kepada PPBM diingatkan supaya menggunakan nama singkatan seperti yang didaftarkan di RoS sebelum ini.

Pada 8 September lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan RoS sudah meluluskan penubuhan Parti PRIBUMI dengan singkatannya PPBM.

PPBM diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden manakala Tun Dr Malathir Mohamad adalah penasihat parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana