Rakyat Amerika rancang tunjuk perasaan anti Soros...Donald Trump Pun Menyampah Dengan SOROS

'King maker' George Soros menjadi sasaran penyokong bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang bercadang mengadakan tunjuk perasaan terhadap penderma utama Parti Demokrat itu kerana didakwa menyumbang kepada kekecohan menjelang pemilihan badan perwakilan pemilih, bulan depan.

Akhbar USA Today memetik kenyataan Rochelle Winther, individu yang mula menyebarkan maklumat tentang Soros di media sosial berkata, sejak keganasan yang meletus selepas pilihan raya Presiden baru-baru ini, penyokong Trump percaya Soros menyumbang dana dalam tunjuk perasaan di AS yang disalurkan menerusi Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan hartawan itu.

“Beliau nampaknya sedang menghantar kumpulan-kumpulan untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan tanpa sebab,” kata Winther.

Walau bagaimanapun, OSF menafikan dakwaan melibatkan pelabur bilionair kelahiran Hungary itu yang merupakan seorang Yahudi apabila menyatakan be­liau menyumbang sebanyak AS$12 bilion daripada hartanya kepada kerja-kerja hak asasi manusia di seluruh dunia.

Soros turut menjadi sindiran netizen di media sosial yang menjadikan hartawan itu sebagai fokus kepada kempen yang lebih tersusun dalam laman-laman tertentu Internet.

Malah, terdapat kumpulan dalam laman sosial Reddit yang mahu memenjarakan Trump, merancang mengadakan tunjuk perasaan terhadap Soros di hadapan pejabat Soros Fund Management di Manhattan dan pejabat OSF di New York City dan Baltimore.

OSF dalam pada itu berkata, tanggapan bahawa Soros membayar kepada penunjuk perasaan anti-Trump adalah rekaan semata-mata.

“Terdapat banyak laporan palsu tentang Soros dan OSF terlibat membiayai tunjuk perasaan yang meletus di AS selepas pilihan raya Presiden, kesemua laporan ini tidak benar,” kata Presiden OSF, Chris Stone.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kumpulan yang terlibat dalam demonstrasi itu sekali gus memungkinkan beberapa pertubuhan berkenaan yang dibiayai OSF terlibat dalam tunjuk perasaan berkenaan.

Soros melalui OSF didakwa membiayai beberapa organisasi antaranya Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini bagi menggugat kestabilan Malaysia.

Salah satu daripada jawatankuasa kecil di bawah Majlis Peguam mengaku menerima bantuan RM53,757.13 (AS$15,000) sebagai geran daripada OSF seperti yang didedahkan dalam laporan DC Leaks baru-baru ini.

Dokumen tersebut turut menyebut usaha OSF mencampuri urusan politik negara bermula 2010 selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan tugas sebagai Perdana Menteri.

Antara yang disenaraikan menerima dana melalui OSF ialah Majlis Peguam dan Penang Institute.

Portal berita propembangkang, Malaysiakini turut mengaku menerima geran daripada Open Society Institute (OSI).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana