Pengkritik sifatkan lawatan Najib ke China sebagai kejayaan besar

Pengkritik kerajaan Tan Sri Ramon Navaratnam menyifatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China, sebagai kejayaan besar.

Pengerusi Pusat Asli bagi Kajian Dasar Awam itu melihat perjanjian berbilion ringgit yang dimeterai itu sebagai berani, bagus dan memberi manfaat, bukan sahaja kepada kerajaan dan ekonomi bahkan kepada rakyat.

Kira-kira RM143 bilion nilai pelaburan perniagaan ditandatangani menerusi 14 memorandum persefahaman, selain 16 perjanjian kerajaan dengan kerajaan.

"Ini merupakan kejayaan yang sangat besar. Oleh itu pujian harus diberikan," katanya menerusi satu kenyataan.

Bernama melaporkan. beliau berkata Najib dan Presiden China Xi Jinping, menteri dan pegawai boleh berbangga atas kejayaan merekodkan pelaburan besar ini bagi meningkatkan hubungan Malaysia-China pada dekad-dekad akan datang.

"Kita boleh belajar daripada pengalaman unik dalam perkongisan yang memberi manfaat bersama, dengan meningkatkan kerjasama dengan Indonesia dan India bagi menjadikan Asia lebih aman, makmur dan progresif.

"Kita boleh bersama-sama menjadikan Asia sebagai Pusat Pertumbuhan Ekonomi Dunia yang mampan, dalam konteks inisiatif baharu Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Semoga perjanjian pelaburan Malaysia-China menjadi pemulaan baharu keamanan dan kebajikan ekonomi Timur," katanya.

Ramon juga menyuarakan harapan supaya pengumuman segera dibuat bagi memperincikan projek terbabit supaya rakyat Malaysia lebih menghargai kandungan perjanjian pelaburan berkenaan.

Beliau mencadangkan butiran perjanjian itu diumumkan bagi melindungi integriti lonjakan hubungan Malaysia-China ini.

"Jika kontrak perlu dirundingan, kita bimbang mungkin perlu membayar lebih berbanding harga pasaran.

"Sudah pasti 'tender terbuka' merupakan amalan terbaik bagi mengurangkan kemungkinan penetapan harga, rasuah dan harga yang tinggi," kata Ramon.

Ramon juga menyatakan kebimbangan sama ada benar atau khayalan, munasabah atau tidak masuk akal, perlu ditangani serius bagi meraih sokongan berkekalan di kedua-dua negara.

Menyentuh mengenai ada kalangan sesetengah pihak yang memberi respons negatif ke atas pelaburan ketara China ini, beliau mengingatkan mereka bahawa Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka, dan rakan dagang utama yang sentiasa menggalakkann pelaburan dari semua sumber menerusi pelaburan terbuka dan dasar perdagangan yang mesra pelabur.

"Mengapa kita sentiasa menggesa lebih banyak pelaburan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman dan negara lain selama ini?

"Adakah kita tiba-tiba menjadi tidak berpandangan jauh dan berfkiran sempit malah bersikap perkauman dalam perdagangan dan pelaburan?," tanya beliau.

Malah katanya jika ada rakyat Malaysia yang secara melampau meluahkan dan menunjukkan ketidakselesaan kehadiran pelabur China yang semakin meningkat, mereka sebenarnya memandang rendah prospek besar untuk makmur bersama China.

Ramon menggalakkan rakyat Malaysia supaya menolak pandangan sempit, pelampau, perkauman dan fanatik, yang kini mungkin mahu merosakkan ekonomi domestik dan antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana