Pengendali FB 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' Dicekup...Padan Mukanya Buat Fitnah Lagi

SIBU: Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021', di sini pada 2.40 petang Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya berkata siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, sehingga hari ini sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaharu diterima di Mukah.

Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan UMNO kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment