Pembangkang Kata Kerajaan Muflis Tapi Sibuk Minta Bantuan Kewangan

Boleh dikatakan sepanjang tahun ini, pembangkang di Malaysia mendakwa, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang menaggung hutang yang banyak sehingga boleh dianggap sebagai kerajaan yang hampir muflis. Dakwaan mereka tidak terhad kepada satu tarikh sahaja, malah boleh dikatakan hampir 5 kali dakwaan ini dibuat, namun sehingga kini, dakwaan mereka jauh meleset.

Pada sekitar bulan Ogos yang lalu, pemmbangkang menerusi PKR, DAP dan PAN termasuk juga kelompok pentaksub Tun Dr Mahathir seperti Datuk A Kadir Jasin mendakwa, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bakal ditutup pada awal bulan September lalu kerana kegagalan mereka melunaskan hutang negara yang dakwa mereka menimbun tinggi.

Menariknya, sehingga kini, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan masih kekal beroperasi seperti biasa dan kerajaan masih mampu merangka bajet untuk tahun hadapan dengan perangkaan perbelanjaan sebanyak RM 260.8 bilion.

Lebih melucukan, sebaik sahaja Selangor berhadapan dengan krisis bekalan air dan Pulau Pinang berhadapan dengan bencana banjir kilat, kedua-dua kerajaan pembangkang ini pantas meminta bantuan kepada kerajaan pusat bagi membantu mereka menangani masalah yang mereka hadapi.

Bukankah suatu perkara yang pelik apabila dua buah kerajaan yang kononnya mencatatkan kekukuhan sumber kewangan yang jauh lebih hebat berbanding kerajaan yang kononnya akan muflis, tiba-tiba menadah tangan memohon bantuan? Kenapa perlu mengemis memohon bantuan kepada kerajaan yang mereka dakwa sebagai akan muflis?

Pulau Pinang sebagai contoh, mereka memohon sebanyak RM 350 juta untuk memperbaiki sistem perparitan dan ban penahan banjir di negeri berkenaan. Semalam, kerajaan bersetuju menyalurkan RM 150 juta kepada kerajaan negeri untuk projek mendalamkan Sungai Pinang dan membaik pulis serta membina ban penahan banjir baru di sepanjang 3.2 kilometer sungai berkenaan.

Jika kerajaan sudah hampir muflis, dari mana datangnya RM 150 juta yang disalurkan kepada Pulau Pinang? Untuk selangor pula, dari mana datangnya sejumlah besar dana untuk membantu negeri Selangor menguruskan permasalahan air di negeri berkenaan? Mufliskah kerajaan seperti mereka dakwa?

Sebenarnya, inilah bukti jelas yang menunjukkan kerajaan tidaklah setenat seperti mereka dakwa. Kerajaan masih mempunyai pertimbangan untuk membantu rakyat walaupun negeri berkenaan kini diperintah oleh pembangkang. Tanggungjawab kerajaan dalam membantu negeri-negeri ini dalam bentuk kewangan menjadi petunjuk jelas bahawa kerajaan tidak akan muflis seperti yang mereka dakwa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana