Pembangkang jadikan MB Inc sasaran kritikan

Isu MB Inc., atau Menteri Besar Incorporated, sebuah agensi kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Perak sering menjadi sasaran dan kritikan pembangkang.

Kita dapati sejak hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)  Perak lagi, pembangkang mempermodal isu sama bagi meraih sesuatu objektif.

Lebih-lebih lagi isu yang dibangkitkan  ialah mengenai kegagalan MB Inc., membenarkan akaun mereka diaudit.

Ngeh Koo Ham, ADUN DAP mewakili  Sitiawan pada sidang media selepas Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir membentangkan bajet menimbulkan isu sama. Sepupunya,Nga Kor Ming (Kepayang) dalam hujah semasa berbahas Bajet 2017 berkata pihaknya telah menulis kepada Ketua Audit Negara mengenai hal ini.

Kata Nga lagi “sudah lima tahun tetapi MB Inc., masih belum menunjukkkan akaun beraudit kepada dewan seperti yang mereka bangkitkan.

Selain dari itu DAP juga mendakwa MB Inc.,  memperoleh ribuan ekar tanah dan pasir (serta kauri) tetapi “kita tidak tahu apa hasilnya.”

Rentetan dari isu demi isu dibangkitkan pembangkang, Menteri Besar yang agak geram provokasi melulu mencabar wakil-wakil rakyat DAP itu mengemukakan bukti bagi membenarkan tuduhan mereka.

Dr.Zambry  mencabar Nga Kor Ming mengemukakan bukti sekiranya benar berlaku penyelewengan.”Jika terdapat bukti penyelewengan, saya bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya.”

Katanya lagi “jika benar berlaku penyelewengan, buktikan dan tunjukkan, saya sendiri akan ambil tindakan terhadap perkara itu.”

Untuk rekod kerajaan telah berulang kali menjawab soalan-soalan sama dikemukakan DAP namun dalam setiap sessi sidang soalan sama ditimbulkan ibarat “memanas kuah yang basi.”

Dr Zambry berkata, tuduhan terhadap MB Inc adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, yang menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri cuba menutup sesuatu dan menyembunyikan audit.

“Beliau sengaja mengambarkan Perak ini teruk, berlaku penyelewengan dan rasuah… it’s too much…saya sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu,” ujarnya.

Katanya MB Inc yang ditubuhan sejak tiga tahun lalu hanya menerima suntikan modal RM500,000 dan mampu membuat bayaran balik dalam tempoh setahun.

Dan MB Inc  membantu kerajaan negeri melakukan pelbagai penambahbaikan di dalam beberapa sektor, seperti pengurusan pasir, yang memperolehi royalti besar dalam beberapa tahun ini.

 Dr Zambry berkata kerajaan negeri tiada halangan untuk membentangkan laporan audit, tetapi adakah pembentangan itu akan menyelesaikan masalah dan mengentikan serangan terhadap perbadanan itu.

Mengenai  tuduhan MB Inc., menubuhkan syarikat  RM2 bagi memgadakan usahsama dengan syarikat tertentu,  Menteri Besar menempelak Nga, kerana Nga  yang juga seorang peguam (tak faham prodecure), terus mempertikaikan penubuhan syarikat usahasama antara MB Inc dan sebuah syarikat lain, dengan modal RM2.

Penubuhan syarikat RM2 seperti didakwa adalah biasa kerana ia merupakan syarikat usahasama yang ditubuhkan sebagai platform untuk menentukan pembahagian ekuiti.

“Tetapi kalau dua-dua syarikat induk yang bekerjasama adalah syarikat dua ringgit, itu barulah bermasalah,” katanya.

Sementara itu MB Inc., menyumbang royalti hampir empat kali ganda hasil kepada kerajaan negeri.

?Hal ini didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perngangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang berkata  setakat ini syarikat itu menyumbang RM33 juta dalam bentuk? pembayaran royalti sejak operasi pengurusan pasir dimulakan pada hujung 2014.

Katanya jumlah royalti itu melonjak empat kali ganda daripada hanya RM6 juta tahun lepas."Peningkatan royalti pasir ini mencerminkan kejayaan MB Inc mengurangkan kes ketirisan dan keberkesanan sistem pengurusan pasir di negeri Perak .”

Sistem pengurusan pasir yang dikendalikan MB Inc. juga mendapat pengiktirafan Ketua Audit Negara dan sistem pengurusannya dicontohi  negeri lain khususnya cara pengendalian pasir, ketirisan pasir dan penilaian pasir.
Katanya, sistem pengurusan pasir ini membabitkan penggunaan jabatan timbang dan penggunaan permit pemindahan pasir dan cara pemantauan menggunakan  teknologi baharu seperti dron.
"Beberapa negeri seperti Selangor dan Pahang telah menunjuk minat untuk mempelajari sistem pengurusan pasir yang dilaksanakan MB Inc.’’ ujarnya.
Sementara itu Datuk Aminuddin pula menjelaskan tuduhan  bahawa MB Inc. tidak menyumbang kepada kerajaan negeri sebenarnya tidak berasas.

 "Tujuan utama pengaktifan semula MB Inc adalah untuk mengurus semula sumber mineral di negeri Perak di mana perlu ada satu sistem yang lebih baik tentang cara pengurusan pasir,’’ katanya.
Pada tahun 2013 MB Inc telah mengeluarkan pelan induk mineral dan perlombongan bagi mengawal semua sumber mineral yang terdapat di negeri Perak.
Dengan demikian katanya kejayaan menguruskan ketirisan pasir dengan baik membolehkan MB Inc menyumbang royalti yang tinggi kepada kerajaan negeri.?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana