Orang Kalau Sudah Tertdesak Dan Tercabar!!!!! Dr. Mahathir cakap tidak serupa bikin

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibidas kerana menafikan peranan jentera parti Barisan Nasional (BN) yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan beliau ketika era pentadbirannya dulu.

Perkara itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hi­shammuddin Tun Hussein yang memberitahu bahawa sewaktu Dr. Mahathir memimpin parti itu, ahli-ahli parti termasuk beliau sendiri dikerah untuk membantu kemenangan UMNO serta BN dalam setiap pilihan raya.

“Cakap tidak serupa bikin. Dulu masa memimpin, beliau kerah jentera, termasuk kami juga untuk memastikan kemenangan.

“Realitinya tiada parti yang boleh menang tanpa jentera yang kukuh, tidak masuk akal. Kalau jentera lemah, tidak lamalah parti beliau memerintah, itu lari daripada hakikat dan apa yang pernah dinyatakan semasa kami menjadi jentera kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penutupan Dialog Pink ASEAN anjuran Pergerakan Puteri UMNO di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta Naib Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan.

Sebelum ini Dr, Mahathir me­nyatakan kononnya kemenangan BN pada setiap pilihan raya umum bukanlah kerana kerja keras parti itu, sebaliknya disebabkan faktor perpecahan dalam kalangan parti pembangkang.

Dalam pada itu, berhubung kebimbangan negara terhadap kemungkinan militan Daesh akan bertindak melarikan diri ke rantau ini berikutan serangan tentera bersekutu terhadap kubu kuat mereka di Syria dan Iraq, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa tiada maklumat pergerakan kumpulan tersebut dikesan setakat ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, adalah penting untuk negara berwaspada dan membuat persiapan bagi membendung perkara itu daripada berlaku.

“Dalam pertemuan saya de­ngan Arab Saudi semalam, tidak nampak ada pergerakan ke rantau ini, tetapi wujud kemungkinan untuk ancaman itu menjadi realiti. Jadi penting untuk kita buat persiapan.

“Malam ini saya akan ke Laos untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN membabitkan 10 negara. Bagi saya, fenomena ini memerlukan kita berkongsi maklumat dengan menteri-menteri pertahanan lain,” katanya.

Utusan
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment