Nak Menyatukan Pembangkang lah Kononnya Dengan UMNO Pun Dipecahkan...Bapa Perpecahan Ni

MAHATHIR katanya semalam menjadi tumpuan di Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama kali diadakan – bercakap tentang konvensyen ini, ramai rasa ia dah banyak kali diadakan sebab PKR dan DAP ada disitu tapi hakikatnya itu atas nama pakatan lain, atas nama Pakatan Harapan, ini baru pertama kali.

Pada penulis, tidaklah begitu menghairankan kenapa Mahathir dapat perhatian luar biasa.  Dengan segala yang buruk pernah dikatakan/dibuatkan Mahathir terhadap pembangkang berpuluh-puluh tahun lamanya, memang ‘manis’ pada pejuang pembangkang (DAP terutamanya) bila dapat lihat diakhirnya dia melutut kepada mereka.

Sedar atau tidak pemenang terbesar semalam ialah PKR.  Dapat sematkan lencana ‘Free Anwar’ di dada orang tua yang dikatakan mereka bertanggungjawab menjatuhkan Anwar dan memenjarakannya.  Besar ertinya ni kepada PKR, Mahathir saja yang tak tahu sebab mata dah kelabu nak tengok anak sendiri jadi Perdana Menteri.

Anyway, isunya hari ini ialah bila Mahathir bercakap soal penyatuan, nak menyatukan pembangkang ni di bawah satu lambang untuk menentang BN.  Ironinya Mahathir yang lebih sesuai dikaitkan dengan perpecahan dari penyatuan dan sekarang dia nak menyatukan pembangkang – parti dia sendiri pun tak masuk Pakatan Harapan lagi.

Justeru, dengan bagaimana dia nak melakukan itu (menyatukan pakatan pembangkang sementara parti dia sendiri berada di luar pakatan), memang satu perkara yang menarik untuk dilihat.  Anwar yang berasimilasi dengan DAP, PAS dan PKR bermula dari dalam Barisan Alternatif sehingga Pakatan Harapan pun, gagal melakukannya.

Lupakan pasal satu lambanglah, dia sesama sendiri pun tak boleh elak dari bertembung juga.

Tapi, bacaan Mahathir, sama macam bacaan kita semua.  Dari segi teknikalnya dia tahu perkara ini boleh dilakukan sebab halangan dulu ialah PAS dan DAP.  Sekarang halangan ini tidak ada setelah PAS dah diganti dengan PAN – yang sebenarnya DAP jugaklah cuma atas nama berbeza.

Cuma Mahathir tahu, musuh yang dicipta masa ketuai/sokong kerajaan dulu bukan seorang dua, tapi berpuluh ribu orang – majoritinya kaum cina dalam DAP yang kini dia nak bawak bekerjasama.

Tak hairan kenapa masih teragak-agak nak sertai Pakatan walaupun cakap besar bukan main nak satukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana