Najib main teka teki pasal pilihan raya…kata tak semestinya tahun depan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu yang beliau “tidak semestinya” mengadakan pilihan raya lebih awal pada tahun depan, walaupun desas desus kuat meramalkan beliau akan mengambil langkah itu memandangkan perpecahan yang berlaku di kalangan pembangkang.

Pilihanraya umum ke 14 perlu diadakan selewat-lewatnya Ogos 2018, dan ramalan yang berlegar kata  Najib boleh mengadakan pilihan raya pada separuh ke-2 tahun 2017.

Tetapi dalam satu temu bual disiarkan dalam The Star,Ahad, Perdana Menteri berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya tambahan pula dengan keadaan semasa yang membimbangkan rakyat Malaysia.

“Tidak semestinya … ia boleh diadakan lewat,” kata Najib ketika ditanya sama ada pilihan raya akan diadakan pada tahun depan.

“Dengan keadaan ekonomi hari ini, ia akan menjadi satu cabaran kerana anda tidak melihat ekonomi dunia berada dalam aliran meningkat. Keadaan akan lebih kurang sama pada tahun akan datang, seperti tahun sebelum ini,” kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana