MP Segambut sedia digantung...Padan Muka nya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng sedia digantung daripada sidang Dewan Rakyat kerana didakwa "menghina" Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia minggu lalu.

"Ia fakta. Ia bukan subjudis, ia fakta. Sidang media ini sebagai balas kepada sidang media dia (Pandikar Amin). Berani kerana benar," beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang kesediaannya untuk digantung dari sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini satu usul dijangka dikemukakan untuk menggantung Lip Eng selama enam bulan, yang dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Lip Eng mendakwa Pandikar Amin mengarahkan beliau keluar daripada Kamar Khas yang bersidang, sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau mendakwa Speaker memberi 'syarahan' mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum mereka saling menjerkah antara satu sama lain dan Lip Eng diarah keluar daripada sidang itu.

Azalina turut berkata, tindakan Lip Eng itu tidak profesional dan beremosi, sekali gus merugikan rakyat Segambut yang memilih beliau sebagai anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Beliau berkata penghinaan terhadap Speaker yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan bermaksud penghinaan kepada Dewan Rakyat, yang sekali gus mencemarkan nama baik dan prestij dewan yang mulia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana